Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan apa-apa yang ada di sekeliling. Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
Perumpamaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.
Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.
Contoh perumpamaan yang disebut perbandingan
a) Seperti katak di bawah tempurungb) Umpama kaca dengan permata
c) Bagai mencurah air ke daun keladi
d) Laksana wau melawan angin
e) Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan
a) Genggam bara api biar sampai arangb) Diberi betis hendak peha
c) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
No comments:
Post a Comment